Setelah 2 hari penantian kehadiranmu akhirnya disaat Ummi dikeluarkan dari bilik gelap kedengaran suara seorang jururawat ini anak puan.Tahniah Puan dapat "baby boy". Doktor dah sahkan baby puan terhindar dari jangkitan kuman walaupun baby dah membuang najis ketika di dalam perut.
Ketika ssat itu kegembiraan yang amat sangat hanya ungkapan terima kasih terkeluar dari bibir.
Ummi dan baby di masukkan ke Wad Kelas 2 katil bernombor 11. Ketika itu ummi menatap wajahmu sayang sehingga menitis air mata ini. Pertama kali Ummi dakap untuk disusukan, hanya Tuhan mengetahui anak yang baru melihat dunia ini sudah memahami gerak geri tubuh seorg ibu, terus membuka mulut dan menghisap susu ummi sehingga dibuai mimpi indah.Bertapa gembiranya hati ini bila anak berada dalam dakapan.
Bila tiba masa melawat datang Abah mendakap, bila ummi melihat wajah abah ketika itu penuh kegembiraan di cium di peluk walaupun ketika itu abah masih lagi tergetar-getar mendukung anaknya yang baru berusia 2hari. Kebahagian terpancar di saat ummi melihat wajah abah penuh dengan senyuman.
Ketika Saat Itu
Ketika Saat Itu...
Pada tanggal 9 Syawal 1432 bersamaan 7 September 2011 jam 11.32 pagi lahirlah seorang putera yang comel seberat 3.1kg di Hospital Bersalin Pulau Pinang.
Ketabahan hati seorang yang bergelar "Abah" menunggu saat kelahiran cahaya pertama zuriatnya dengan penuh kesabaran serta sentiasa bersama isteri tercinta ketika disaat getir melahirkan puteranya.
Walaupun ketika saat itu perkhabaran doktor tentang anak dan ibunya merunsingkan " Abah" tetapi seorang suami tetap tabah menenangkan isterinya agar tabah dan sentiasa berdoa agar Allah s.w.t memberikan petunjuk. Alhamdulillah dengan takdir dan izin daripada Yang MAHA ESA seorang putera selamat dilahirkan melalui pembedahan kecemasan yang dilakukan oleh seorg doktor yang digelar Doc.Panda.
Ketika 13jam ummi terlantar diatas katil dinamakan bilik gelap seorg ibu yang ummi panggil "Mak" datang ke sisi ummi. " Mak bagaimana dengan keadaan baby. Adik belum melihatnya mak. Lelaki ke Perempuan. Sabar ya semuanya selamat baby ada di NICU. Hanya titisan air mata yang mengalir." Datang suami yang kini hatinya sedih dalam kegembiraan. " Sayang kita terima kasih kerana melahirkan zuriat abang. Kita dapat baby boy. Hanya gambar yang dapat ku lihat." Ya Allah aku bersyukur padamu kerana memberikan aku kurniaan yang amat bernilai. Baby kaulah penyeri hidup ummi dan abah."
No comments:
Post a Comment