Ketika Saat Itu

Ketika Saat Itu...

Pada tanggal 9 Syawal 1432 bersamaan 7 September 2011 jam 11.32 pagi lahirlah seorang putera yang comel seberat 3.1kg di Hospital Bersalin Pulau Pinang.
Ketabahan hati seorang yang bergelar "Abah" menunggu saat kelahiran cahaya pertama zuriatnya dengan penuh kesabaran serta sentiasa bersama isteri tercinta ketika disaat getir melahirkan puteranya.
Walaupun ketika saat itu perkhabaran doktor tentang anak dan ibunya merunsingkan " Abah" tetapi seorang suami tetap tabah menenangkan isterinya agar tabah dan sentiasa berdoa agar Allah s.w.t memberikan petunjuk. Alhamdulillah dengan takdir dan izin daripada Yang MAHA ESA seorang putera selamat dilahirkan melalui pembedahan kecemasan yang dilakukan oleh seorg doktor yang digelar Doc.Panda.
Ketika 13jam ummi terlantar diatas katil dinamakan bilik gelap seorg ibu yang ummi panggil "Mak" datang ke sisi ummi. " Mak bagaimana dengan keadaan baby. Adik belum melihatnya mak. Lelaki ke Perempuan. Sabar ya semuanya selamat baby ada di NICU. Hanya titisan air mata yang mengalir." Datang suami yang kini hatinya sedih dalam kegembiraan. " Sayang kita terima kasih kerana melahirkan zuriat abang. Kita dapat baby boy. Hanya gambar yang dapat ku lihat." Ya Allah aku bersyukur padamu kerana memberikan aku kurniaan yang amat bernilai. Baby kaulah penyeri hidup ummi dan abah."


Wednesday, April 18, 2012

sudah setengah tahun pun


Apa dah 5 bulan ke ni???



WOW!!! 4 Bulan dah Tau




Satu Per Empat Bulan

Ketika Usia Fahim menjangkau ke 3 bulan abah membawa Fahim dan ummi ke klinik ibu dan anak Ketengah Jaya. Pendaftaran rekod bayi Fahim dibuat di klinik tersebut. Pemeriksaan dijalankan oleh nurse. Berat Fahim ditimbang. ketika itu abah dan ummi terkejut 6kg.. Giliran Fahim plak diperiksa oleh staff nurse. setelah pemeriksaan dijalankan alhamdulillah tiada apa yg dihadapi oleh Fahim. kemudian fahim di cucuk. Fuhhh ahharggh hanya jeritan itu je yang keluar dari mulut Fahim.. baik sungguh Fahim ketika itu..bertapa tabahnya Fahim... seindah namanya.... lepas selesai dicucuk Fahim hanya tersenyum..
Fahim membesar dengan penuh keriangan disisi Ummi dan Abah..



Melangkah ke 2 Bulan Kelahiran

Setelah Usia meningkat 2 bulan rawatan susulan dibuat ke klinik IBUdan ANAK Air Puteh Balik Pulau.. Jam 2 Petang "Tok Abah" membawa Fahim dan Ummi ke klinik. Doktor membuat pemeriksaan Alhamdulillah semuanya sihat. Tp ada 1 perkara yang melawakkan.. Ketika nama Fahim dipanggil oleh nurse tetiba ada seorg ibu disebelah bangun terus masuk ke bilik doktor, belum sempat fahim sampai dihadapan bilik doktor ibu tersebut sampai dulu. Ummi pun bertanya anak saya Muhammad Fahim Zubair, si ibu plak menjawab Anak saya pun Muhammad Fahim, kemudian serentak berkata tp anak saya Muhammad Fahim Haziq, Saya Muhammad Fahim Zubair. Doktor pun berkata x pa... yang mana dulu pun x pa.. Ummi mengizinkan si Ibu dulu sebb anaknya dalam kesakitan akibat sembelit sejak 4 hari lepas..Alhamdulillah Fahim x hadapi apa2 masalah.
Setelah 2 Bulan tibalah masanya Ummi menamatkan hari berpantang.. Janji abah untuk datang mengambil kami untuk dibawa pulang ke pangkuan abah di Tereangganu..ketika itu hari ke 56 Umi dan Fahim di bawa pulang ke Terengganu. Terasa sedih meninggalkan maktok,tokabah dan saudara di Penang. Terima Kasih kepada semua kerna sudi menjaga kamis sebaik munkin..

Ketika sampai diTerengganu pada malam Ahad, kami disambut oleh semua ahli keluarga diTerengganu orang yang paling gembira adalah Tok Ayah terus mendukung Fahim diatas ribaan beliau walaupun ketika itu TokAyah tidak sihat..
Hari demi hari kehidupan biasa diteruskan.




Koleksi Video


Sunday, April 1, 2012

Sentuhan Pertama

Setelah 2 hari penantian kehadiranmu akhirnya disaat Ummi dikeluarkan dari bilik gelap kedengaran suara seorang jururawat ini anak puan.Tahniah Puan dapat "baby boy". Doktor dah sahkan baby puan terhindar dari jangkitan kuman walaupun baby dah membuang najis ketika di dalam perut.
Ketika ssat itu kegembiraan yang amat sangat hanya ungkapan terima kasih terkeluar dari bibir.

Ummi dan baby di masukkan ke Wad Kelas 2 katil bernombor 11. Ketika itu ummi menatap wajahmu sayang sehingga menitis air mata ini. Pertama kali Ummi dakap untuk disusukan, hanya Tuhan mengetahui anak yang baru melihat dunia ini sudah memahami gerak geri tubuh seorg ibu, terus membuka mulut dan menghisap susu ummi sehingga dibuai mimpi indah.Bertapa gembiranya hati ini bila anak berada dalam dakapan.

Bila tiba masa melawat datang Abah mendakap, bila ummi melihat wajah abah ketika itu penuh kegembiraan di cium di peluk walaupun ketika itu abah masih lagi tergetar-getar mendukung anaknya yang baru berusia 2hari. Kebahagian terpancar di saat ummi melihat wajah abah penuh dengan senyuman.