Ketika Saat Itu

Ketika Saat Itu...

Pada tanggal 9 Syawal 1432 bersamaan 7 September 2011 jam 11.32 pagi lahirlah seorang putera yang comel seberat 3.1kg di Hospital Bersalin Pulau Pinang.
Ketabahan hati seorang yang bergelar "Abah" menunggu saat kelahiran cahaya pertama zuriatnya dengan penuh kesabaran serta sentiasa bersama isteri tercinta ketika disaat getir melahirkan puteranya.
Walaupun ketika saat itu perkhabaran doktor tentang anak dan ibunya merunsingkan " Abah" tetapi seorang suami tetap tabah menenangkan isterinya agar tabah dan sentiasa berdoa agar Allah s.w.t memberikan petunjuk. Alhamdulillah dengan takdir dan izin daripada Yang MAHA ESA seorang putera selamat dilahirkan melalui pembedahan kecemasan yang dilakukan oleh seorg doktor yang digelar Doc.Panda.
Ketika 13jam ummi terlantar diatas katil dinamakan bilik gelap seorg ibu yang ummi panggil "Mak" datang ke sisi ummi. " Mak bagaimana dengan keadaan baby. Adik belum melihatnya mak. Lelaki ke Perempuan. Sabar ya semuanya selamat baby ada di NICU. Hanya titisan air mata yang mengalir." Datang suami yang kini hatinya sedih dalam kegembiraan. " Sayang kita terima kasih kerana melahirkan zuriat abang. Kita dapat baby boy. Hanya gambar yang dapat ku lihat." Ya Allah aku bersyukur padamu kerana memberikan aku kurniaan yang amat bernilai. Baby kaulah penyeri hidup ummi dan abah."


Wednesday, April 18, 2012

Satu Per Empat Bulan

Ketika Usia Fahim menjangkau ke 3 bulan abah membawa Fahim dan ummi ke klinik ibu dan anak Ketengah Jaya. Pendaftaran rekod bayi Fahim dibuat di klinik tersebut. Pemeriksaan dijalankan oleh nurse. Berat Fahim ditimbang. ketika itu abah dan ummi terkejut 6kg.. Giliran Fahim plak diperiksa oleh staff nurse. setelah pemeriksaan dijalankan alhamdulillah tiada apa yg dihadapi oleh Fahim. kemudian fahim di cucuk. Fuhhh ahharggh hanya jeritan itu je yang keluar dari mulut Fahim.. baik sungguh Fahim ketika itu..bertapa tabahnya Fahim... seindah namanya.... lepas selesai dicucuk Fahim hanya tersenyum..
Fahim membesar dengan penuh keriangan disisi Ummi dan Abah..



No comments:

Post a Comment