Ketika Saat Itu
Ketika Saat Itu...
Pada tanggal 9 Syawal 1432 bersamaan 7 September 2011 jam 11.32 pagi lahirlah seorang putera yang comel seberat 3.1kg di Hospital Bersalin Pulau Pinang.
Ketabahan hati seorang yang bergelar "Abah" menunggu saat kelahiran cahaya pertama zuriatnya dengan penuh kesabaran serta sentiasa bersama isteri tercinta ketika disaat getir melahirkan puteranya.
Walaupun ketika saat itu perkhabaran doktor tentang anak dan ibunya merunsingkan " Abah" tetapi seorang suami tetap tabah menenangkan isterinya agar tabah dan sentiasa berdoa agar Allah s.w.t memberikan petunjuk. Alhamdulillah dengan takdir dan izin daripada Yang MAHA ESA seorang putera selamat dilahirkan melalui pembedahan kecemasan yang dilakukan oleh seorg doktor yang digelar Doc.Panda.
Ketika 13jam ummi terlantar diatas katil dinamakan bilik gelap seorg ibu yang ummi panggil "Mak" datang ke sisi ummi. " Mak bagaimana dengan keadaan baby. Adik belum melihatnya mak. Lelaki ke Perempuan. Sabar ya semuanya selamat baby ada di NICU. Hanya titisan air mata yang mengalir." Datang suami yang kini hatinya sedih dalam kegembiraan. " Sayang kita terima kasih kerana melahirkan zuriat abang. Kita dapat baby boy. Hanya gambar yang dapat ku lihat." Ya Allah aku bersyukur padamu kerana memberikan aku kurniaan yang amat bernilai. Baby kaulah penyeri hidup ummi dan abah."
Monday, October 8, 2012
11bulan
SELAMAT HARI RAYA....... Ketika ini Fahim belum mengerti apa itu raya.... Umi sibuk di dapur... Fahim plak suka bermain dgn Abah...mmmm tahun nie Abah, Umi dan Fahim menyambut raya di Terengganu.... Segak anak umi dan abah mengayakan baju melayu dan bersongkok hitam... Abah dan umi pun sedondon... Banyak juga Fahim dapat duit raya.. heheheheh yg seronoknya bila dapat duit raya Fahim ambil dan beri kepada org lain plak... Baik anak Umi ni x meragam ketika ni.. bawa jalan2 suka sangat.. tambahan plak kalau naik kereta... Tahun depan bertambah la seorg lg.... apa pun SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA buat semua ahli keluarga... x lupa pada keluarga di Pulau Pinang... tunggu kepulangan kami... rindu kami sentiasa bersama kalian... Mak tok dan Tok Abah nnti Fahim balik jumpa tau....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment